☀☃PUA SEE YEN☃☀D044231

Wednesday, 5 October 2011

Pengenalan

Saya ialah guru kelas tahun 1 pada tahun ini. Mata pelajaran yang saya ajar ialah Bahasa Malaysia, Bahasa Cina, Sains, Pendidikan Moral dan Pendidikan Jasmani. Tahun ini, kami telah mengalami perubahan kurikulum iaitu Kurikulum Berasaskan Sekolah Rendah ( KBSR ) diubah ke Kurikulum Standard Sekolah Rendah ( KSSR ).

KSSR bakal menggabungkan beberapa subjek menjadi satu selain turut akan memperkenalkan subjek baru yang bertema semangat kenegaraan dan patriotik.

Melalui KSSR, pengajaran dan pembelajaran akan menggunakan modul yang akan menggantikan buku teks. Ia diharap dapat meningkatkan penguasaan murid-murid sekolah rendah khususnya dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.

Jadi, sebagai seorang guru tahun 1 dalam KSSR ini, kami mengambil peranan yang berat supaya menjayakan kurikulum baharu ini.

No comments:

Post a Comment