☀☃PUA SEE YEN☃☀D044231

Rancangan Pengajaran Harian

Mata Pelajaran    : Bahasa Malaysia
Kelas                    : 1 F
Bilangan Pelajar  : 41 orang
Tarikh                   : 10 November 2011
Masa                    : 2.10 – 2.40 petang (30 minit)
Tajuk                    : Kata kerjaBahasa Badan
Pendekatan         : Pembelajaran Kontekstual
Standard Kandungan      : 
5.1 Memahami dan menggunakan golongan kata dengan betul mengikut konteks.
 4.2 Mengujarkan bahasa yang indah dan menggunakan bahasa badan secara kreatif
       semasa bercerita secara didik hibur.

Standard Pembelajaran  :
5.1.4 Memahami dan menggunakan kata kerja dengan betul mengikut konteks.
4.2.2 Mengujarkan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan jelas tentang sesuatu 
          perkara serta menggunakan bahasa badan yang kreatif melalui perceritaan secara
          didik hibur.

Hasil Pembelajaran           : Pada akhir pembelajaran, murid dapat;
i)  membaca 4 kata kerja dengan sebutan yang betul iaitu tepuk tangan, 
   hentak kaki, petik jari dan sebut hore.       .
      ii)    melakukan aksi 4 kata kerja
EMK             : kreatif dan inovatif, TMK
KP               : Muzik, Kinestetik
Nilai             : patuh pada arahan, kerjasama
KBKK          : Menghubungkaitkan
Pengetahuan sedia ada  : Murid-murid sudah diajar bahagian tubuh badan.
Bahan bantu mengajar  : Kad imbasan, Senikata lagu, lembaran kerja

Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran
Langkah
/Masa
Isi Pelajaran
Aktiviti Guru
Set Induksi
5 minit
Guru meminta 2 orang murid melakukan aksi kata kerja dan minta murid lain meneka dan menyatakan
1.    Guru meminta 2 orang murid keluar ke hadapan kelas.
2.   Guru menunjukkan kata kerja yang disediakan kepada 2 orang murid tersebut.
3.   Guru meminta murid lain angkat tangan dan meneka kata kerja berdasarkan aksi 2 orang murid tersebut.
4.    Guru memperkenalkan tajuk hari ini iaitu Kata Kerja.
”.
Langkah 1
8 minit
Guru menunjukkan kad imbasan petikan.

Ben Li dan kawan-kawannya suka bernyanyi. Mereka bernyanyi sambil bertepuk tangan. Mereka suka hentak kaki dan petik jari. Akhir sekali, mereka sebut hore. Mereka berasa seronok
1.    Guru menunjukkan kad imbasan petikan.
2.    Guru membaca membaca petikan diikuti murid-murid.
3.    Guru memberi penjelasan tentang petikan.
4. Guru meminta beberapa orang murid untuk membulatkan kata kerja yang terdapat dalam petikan.
5. Guru menyalin kata-kata kerja yang dibulatkan oleh murid pada papan hitam.
6. Murid-murid diminta membaca dan mengeja kata-kata kerja sambil melakukan aksi.
 
Langkah 2
10 minit
Nyanyian

Kalau rasa gembira,
tepuk tangan
Kalau rasa gembira,
tepuk tangan

Kalau rasa gembira,
beginilah caranya
Kalau rasa gembira,
tepuk tangan

1.    Guru menyalin senikata lagu di papan hitam.
2.    Guru membaca senikata lagu diikuti murid.
3.    Guru menyanyikan lagu dan murid dengar.
4. Guru membimbing murid menyanyikan lagu dengan menggunakan gerakan badan.
5. Murid menyanyi lagu seterusnya dengan menggantikan kata kerja berwarna merah dengan kata-kata kerja petik jari, hentak kaki dan sebut hore.
Langkah 3
5 minit
Guru mengedarkan lembaran kerja.
1.    Guru mengedarkan lembaran kerja.
2.  Guru memberi masa untuk menyiapkan lembaran kerja.
3.    Guru bincangkan jawapan.
Penutup
2 minit
Rumusan – bacaan
1.    Guru menampal kata kerja pada papan hitam.
2.    Murid membaca kata kerja.


No comments:

Post a Comment