☀☃PUA SEE YEN☃☀D044231

Refleksi

Selepas aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan pada 10 November 2011, saya mendapati bahawa objektif pengajaran saya telah mencapai iaitu murid dapat membaca 4 kata kerja ( tepuk tangan, petik jari, hentak kaki dan sebut hore ) dengan sebutan yang betul dan menyanyi lagu yang mengandungi 4 kata kerja sambil melakukan aksi dengan menggunakan gerak badan. Ini dapat dilihat daripada tingkah laku murid-murid.
            Sepanjang aktiviti PnP, saya berasa sangat seronok kerana saya telah melibatkan diri dengan sepenuhnya. Saya membaca, bernyanyi dan beraksi bersama murid-murid saya. Murid-murid saya juga berasa gembira terhadap pembelajaran. Murid saya dapat mengingati kata-kata kerja dengan cepat melalui nyanyian.

2.1  Kekurangan atau kelemahan
            Walaupun begitu, saya mendapati bahawa beberapa kekurangan yang ada pada saya iaitu kurang prihatin terhadap keadaan murid belajar. Semasa aktivit PnP dijalankan terdapat beberapa orang murid yang tidak mengambil perhatian terhadap aktiviti pengajaran tanpa disedari saya. Selain itu, saya telah menggunakan teknik berpusatkan guru. Saya hanya berdiri di hadapan bilik darjah untuk menyampaikan pengajaran. Kesannya sebahagian murid tidak aktif dan berasa bosan dalam aktiviti PnP ini. Dalam langkah pertama, saya terlalu cepat dalam membuat penjelasan petikan. Ini menyebabkan sebahagian kecil murid yang lebih lemah tidak dapat memahaminya. Dalam langkah kedua pula iaitu menyanyi, saya hanya bagi murid duduk di atas kerusi walaupun terdapat gerak badan. Murid-murid tidak berpeluang melibatkan diri dengan sepenuhnya semasa menyanyi.
            Selain itu, alat bantu mengajar yang digunakan tidak menarik dan sedikit sahaja. Perbuatan saya menyalin lirik lagu di atas papan hitam telah membazirkan masa dan memberi peluang kepada murid untuk berbual.

2.2  Cadangan untuk memperbaiki
Saya perlu mengubah teknik mengajar supaya lebih berpusatkan kepada murid. Walaupun teknik berpusatkan guru telah mengelakkan masalah disiplin dalam bilik darjah, tetapi saya harus cuba yakin pada murid dan memberi peluang kepada murid untuk mengemukakan soalan atau pandangan. Dengan ini, murid akan lebih berminat terhadap aktiviti PnP. Selain itu, saya harus mempelbagaikan ABM yang digunakan supaya menarik perhatian murid dan menyediakan ABM yang diperlukan terlebih dahulu supaya tidak membazirkan masa.

2.3  Tindakan
Jika saya mempunyai peluang untuk mengajar pelajaran ini sekali lagi, saya akan mengubah rancangan pengajaran dan teknik mengajar. Saya akan mempelbagaikan ABM dan menggunakan ABM yang sesuai untuk aktiviti PnP ini. Saya akan cuba membuat pengajaran yang berbeza supaya murid dapat melibatkan diri dengan sepenuhnya dan mengukuhkan pembelajaran mereka. Dengan ini, objektif-objektif yang ditetapkan akan dicapai dengan lebih berkesan.

No comments:

Post a Comment